LATAR BELAKANG kdo |
Unit Debat Bahasa Melayu UiTM Sarawak dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengambil satu inisiatif untuk meneruskan tradisi perdebatan peringkat Institusi Pengajian Tinggi ( Kategori Bahasa Melayu ). Pertandingan Debat Kenyalang Debate Open (KDO) pada tahun ini merupakan penganjuran kali keempat semenjak ianya diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2010. KDO merupakan Pertandingan Debat Terbuka yang julungkalinya di adakan di Sarawak pada ketika itu. KDO bukan sahaja berjaya dari segi penganjuran bahkan membawa nama UiTM Sarawak di peringkat universiti. Selaras dengan kejayaan yang dikecapi, KDO telah dianugerahkan sebagai Program Ilmiah Terbaik di peringkat UiTM.
|
OBJEKTIF utama kdo2015 secara keseluruhan
I. Melahirkan lebih ramai pemikir kritis dalam kalangan mahasiwa/wi selaras menyediakan pelapis generasi pemimpin yang dinamik dalam menghadapi cabaran kontemporari dan masa hadapan.
II. Mengetengahkan bakat mahasiswa/wi dalam menyampaikan idea mengenai sesuatu isu bagi melahirkan pendebat yang intelektual.
III. Menyediakan medan perdebatan bagi mahasiswa/wi memandangkan peluang sebegini agak kurang bagi pendebat di Malaysia khususnya.
IV. Membangunkan semula tahap kecemerlangan spiritual mahasiwa/wi bersesuaian dengan cabaran dalam dunia globalisasi.
II. Mengetengahkan bakat mahasiswa/wi dalam menyampaikan idea mengenai sesuatu isu bagi melahirkan pendebat yang intelektual.
III. Menyediakan medan perdebatan bagi mahasiswa/wi memandangkan peluang sebegini agak kurang bagi pendebat di Malaysia khususnya.
IV. Membangunkan semula tahap kecemerlangan spiritual mahasiwa/wi bersesuaian dengan cabaran dalam dunia globalisasi.
JUSTIFIKASI & MATLAMAT
Program ini diharap dapat menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek ,akademik dan perdebatan di kalangan para pelajar IPTA dan IPTS. Ia juga bertujuan untuk merupakan ikatan dan kerjasama di kalangan para pendebat di universiti-universiti tempatan.
- Melahirkan mahasiswa yang berintelektual dalam penghujahan isu-isu semasa secara keseluruhannya .
- Mencetus sikap yang positif ke arah anjakan paradigma mahasiswa/wi yang berdepan dengan cabaran globalisasi.
- Mahasiswa perlu mengimbangi fizikal yang berketerampilan dan intelektual dalam bidang akademik bagi mencerminkan mahasiswa pemimpin negara .
kenyalang muda 2015Unit Debat Bahasa Melayu UiTM Sarawak dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengambil satu inisiatif untuk meneruskan tradisi perdebatan peringkat Negeri Sarawak bagi seluruh Sekolah Menengah di Negeri Sarawak (Kategori Bahasa Melayu). Pertandingan Debat Kenyalang Muda telah menunjukkan keberjayaan penganjurannya selaras dengan objektif pertandingan untuk melahirkan generasi yang mampu berfikir aras tinggi sehingga mengulangi detik penganjuran buat kali yang kedua.Penganjuran buat kali ini menunjukkan Unit Debat BM UiTM Sarawak turut mengetengahkan bakat komunikasi dikalangan pendebat muda dan untuk fasa ini satu teknik debat baru yang perlu dikuasai iaitu Debat Parlimen British yang ternyata berbeza dengan format pertandingan sebelum ini.
|
Penganjuran pada tahun ini dijangka akan melibatkan lebih banyak sekolah untuk menyertai bagi membuka ruang kepada pelajar bandar dan luar bandar berkongsi ilmu sekaligus bersaing secara positif dalam pembentukan ilmu yang lebih kritikal. Kenyalang Muda diharapkan mampu membantu mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang meletakkan arus pembelajaran baru iaitu PT3 yang mana lebih kepada pemikiran aras tinggi juga sebagai platform pelajar bagi mengharungi peperiksaan yang pasti memberikan cabaran mental kelak. Pihak Unit Debat Bahasa Melayu meneruskan lagi legasi penganjuran Kenyalang Muda atas kesedaran kepentingannya sebagai medium Malaysia. Kenyalang Muda 2015 dijadualkan berlansung pada 12 – 15 November 2015
Format pertandingan Kenyalang Muda 2015 kali ini ialah Parlimen British selaras dengan slogan KDO 2015 ‘Let BP’. Format ini dipratikkan dengan harapan dapat mengasah serta meningkatkan lagi sensitiviti dan mentaliti pelajar dalam mengupas sesuatu isu yang dibangkitkan.
matlamat & objektif
|
Pidato ETNIK IBAN
Penganjuran Pertandingan Pidato Bahasa Iban edisi kedua ini merupakan inisiatif bersama Unit Debat Bahasa Melayu dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak sejak tahun 2013 di dalam Pertandingan Debat Kenyalang Debate Open (KDO). Pada edisi pertama Pertandingan Pidato Bahasa Iban penyertaan ke pertandingan adalah secara terbuka dan telah mendapat sambutan yang menggalakan terdiri daripada orang awam, pelajar sekolah dan para siswazah Bumiputera.
Pertandingan Pidato Bahasa Iban yang lalu dianggap sebagai suatu kelainan dengan mengangkat Bahasa Iban ke arus perdana seni pengucapan awam di peringkat universiti. Ia telah menarik perhatian pelbagai pihak terutamanya media cetak yang melihat penganjuran Pertandingan Pidato Bahasa Iban adalah suatu program ilmiah yang baik dan patut untuk diteruskan. Penganjuran pada ketika itu telah membawa kepada sebuah jabatan kerjasama dengan badan kebajikan amal iaitu Tun Jugah Foundation. Yayasan itu memegang peranan penting di dalam memelihara dan mempromosikan Sejarah Lisan dan Sastera Lisan masyarakat Iban.
Oleh kerana itu, pada tahun 2015 pihak Unit Debat Bahasa Melayu berhasrat menganjurkan Pertandingan Pidato Bahasa Iban untuk kali kedua pada 15 November 2015. Pertandingan pada kali ini menyasarkan penyertaan sebanyak 40 peserta yang terbuka kepada orang awam, para pelajar sekolah dan universiti. Diharapkan Pertandingan Pidato Bahasa Iban yang dianjurkan di bawah KDO 2015 akan terus memberi nafas baru dan menjadi platform mengangkat imej Sarawak di peringkat kebangsaan.
Oleh kerana itu, pada tahun 2015 pihak Unit Debat Bahasa Melayu berhasrat menganjurkan Pertandingan Pidato Bahasa Iban untuk kali kedua pada 15 November 2015. Pertandingan pada kali ini menyasarkan penyertaan sebanyak 40 peserta yang terbuka kepada orang awam, para pelajar sekolah dan universiti. Diharapkan Pertandingan Pidato Bahasa Iban yang dianjurkan di bawah KDO 2015 akan terus memberi nafas baru dan menjadi platform mengangkat imej Sarawak di peringkat kebangsaan.
Objektif & matlamat
- Memelihara kelansungan, pembangunan dan penggunaan Bahasa Iban diperingkat universiti khususnya.
- Memperkasakan penggunaan Bahasa Iban di dalam institusi pengajian tinggi dan secara tidak lansung mengetengahkan budaya Bahasa tersebut.
- Mencungkil dan mengasah bakat peserta dalam seni pengucapan awam terutamanya di dalam Bahasa Iban.
- Menjadi platform untuk mengetengahkan idea dan isu semasa di dalam pertandingan pidato.